Wednesday, 30 March 2011

layout baruuu...oh yeah!!

slm...
haha...harini tuka layout baru...yes!

susah ek nak baca entry aku?
haha...suka hati korang la...pandai2 la nk baca camne pon..
yang penting,,
aku bahagia...hihi...

k...chowwww~

Thursday, 17 March 2011

stress week

Minggu yang sangat stress la........
Sangat tension dibuatnya bila sume benda kene siapkan dan hantar by the end of this week jgk!
Malam tadi sampai xtidur sebab nak siapkan homework....dekat pukul 4 lebih jugak la baru proses-proses mencari maklumat, mengenal pasti maklumat, menTranslate dan menaip selesai....Pastu xboleh tidur lagi, kne Study sket sebab pagi tadi ada test...aduyai....Aku baca gitu-gitu je sebab dah xsempat....Benda memang dah faham,cuma sedikit terlupa lah...hehe...Aku memang nak study dulu, plan asal, aku nak la stay up kejap..lepas Isyak baru aku dapat mesej pasal kerja ni...nak x nak, sebab tu keje group, so buat la yang tu dulu...Xkisah pun sebab tu tanggungjawab kan...Lagipun, markah kot....
Last skali aku terlentok jgk kat meja ni....sebab dah terasa berat sangat mata ni...pedih pun ada..sekarang ni pun pedih lagi, dan Aku masih belum tido....nak Update blog dulu..hehe =)....Otak dah macam blur time tu, xleh nk serap pape ilmu dah...maklum la, orang xpernah stay up la katakan....Hah, rasakan!!!..hahaha....Ntah pape yang dijawab tadi...tawakal jela...main tembak-tembak guna LMG je...hihi  

[LMG=Light Machine Gun]



Ok la....Mahu tidur ya.....
Gudnite!!!hehehhe







p/s: Semoga Mendapat Markah yang Baik...Aminnn

Tuesday, 8 March 2011

Selamat Hari Wanieta

SELAMAT HARI WANITA vs HAPPY WOMEN's DAY


Aku bangga menjadi seorang Wanie sebab ada orang sambut hari aku daaaa...hari Wanieta..hehehe

8 Mac 2011: Tarikh keramat bagi semua wanita di seluruh dunia...=)




InsyaAllah
Gagah perkasa...wanita pun boleh buatlah!
Ada hadiah x untuk sambut hari ni?...nak hadiah =(




Tahniah kepada anda, insan yang bergelar Wanita....ceria selalu ye!!
Teruskan berjuang!


Monday, 7 March 2011

Ulangtahun Tentera Darat Malaysia ke78

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog...diharap anda berada dalam keadaan ceria,bahagia,sihat dan dibawah redha Ilahi sentiasa..

Ape cer kali ni??
ce cite ce cite...hahahaha
sume tengah 'gila' cerita hantu kak limah skarang ni...sampai aku pun sanggup tengok gak..haha.....kita bakor je,kita bakor...hehe

Sebenarnya entri kali ini,aku nak cite sal HUT TD  [paham2 sendiri la ape ye..hehe]

Hari ini rasa sangat bertuah sebab pertama kali dapat meraikan sambutan Ulangtahun Tentera Darat Malaysia di Dataran Merdeka...sampai jugak aku kat Dataran Merdeka nun..hehe..aku pegi under PALAPES UM..pegi ngan baju loreng..perghh..semangat gila..berkobar-kobar kot...=)

Memang sangat teruja dan terpegun melihat peralatan pertahanan negara kita...sungguh canggih...benda yang tidak disangka2 pun ada....gah!tahniah kepada angkatan tentera Malaysia!!78tahun berkhidmat kpd negara tercinta

Jom tengok gamba...tp gamba xelok sangat....paham2 jela...orang ramai macam ape kat sana...hehe


Mereka buat hakka mantap giler

Pancaragam
[hampir setiap kor ada pasukan pancaragam sendiri..kawan aku cakap,bila diorang boring boleh la suruh pasukan ni main lagu pape..haha..bengkok!]


ni Otai-otai ATM
tanpa mereka,Malaysia mungkin tiada

hoho

Lagi pancaragam

Pancaragam lagi..=)

Perghhh...bengis mukanya!
[yang kiri tu macam muka Din je (salah sorang ahli intake aku)]

Ni la askar pompuan...semangat beb!
moto aku: Lembut Jangan diSangka Lemah, Pantang Undur Sebelum Tewas!!


Anjing pengesan ATM

mcm orang putis pun ada gak...hehe

Kuda ku lari gagah berani

Pasukan Kuda ni digunakan untuk acara yang melibatkan Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan ketua2 negara Asia [dll]

Ni Klinik gigi bergerak. Dalam tu ada alat-alat pergigian yang canggih sama macam kat hospital

Mesin Basuh
[boleh membasuh pakaian rasanya dalam lebih kurang 60kg dalam masa 30 minit...jumlah baju tu saya kurang pasti..hehe]

Ambulans!

Haaa,ni yang menarik perhatian aku
Ni adalah jambatan..macam xpercaya je ada jambatan macamni..hehe

Rangsum tempur

Orang yang masuk hutan bawak makanan ni la..rendang pun ada tau

Tengok,askar pun boleh wat benda camni..askar memang hebat!

Kor Risik DiRaja

Helikopter!

Payung Terjun
[lawa kan gamba ni..hehe]

Don't Try this at home..hehe








Ni jela sedikit sebanyak yang dapat saya share...semoga anda terhibur~



Saturday, 5 March 2011

Entah jadi entahkan tidak

tiba-tiba pulak tersearch lagu ni kat you tube...
lagu lama jugak ni...
dengar-dengar la ye..







nota: banyak maksud tersirat dan nasihat kalau kita dengar lagu-lagu lama ni...lagu ni sekadar pedoman untuk semua termasuk diriku yang masih tercari-cari dan tertanya-tanya akan maksud sebenar cinta...saya budak baru belajar..huhu

Friday, 4 March 2011

Cinta?Apakah???


Apa itu CINTA???

Tentu ramai yg belum tahu apa itu makna CINTA.. Jadi mari kita dengar penjelasan CINTA yg didefinisikan oleh Ustaz Kazim Elias.. Jom dengar..

Berikut kata2 Ustaz Kazim spt dlm video:-


Apa itu Cinta...???

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1....Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta.....Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan.... Cinta itu mestilah bersih dan murni..... Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa.... Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
"Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu"
"Sebab apa Abang?"
"Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam" sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
"Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah."

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

"Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?"
"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
"Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin"
"Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku."

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

CINTA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DI GENGGAMAN TANGAN TOK KADI...


nota:  kadang-kadang kita terpaksa melepaskan seseorang yang kita sayang kerana kita memang betul-betul sayangkannya....kadang-kadang kita sanggup meninggalkannya kerana kita mahu dia berubah atau kita sendiri yang mahu berubah...[ada sebab-sebab tertentu]....renung-renungkan




dipetik dari:http://www.youtube.com/watch?v=bOgEz_WpUmA&feature=related

Friday, 25 February 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.



Monday, 21 February 2011

Bagaimana Bercouple Cara Islam?


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails