Friday 29 April 2011

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


Tuesday 12 April 2011

Jodoh

tadi,sambil2 tunggu kelas ada borak2 ngan classmate pasal jodoh
kami 3 orang duk discuss....lagi 3 orang menjadi pendengar setia kami...hehe.....ntah la macam mana boleh terkeluar pasal ni....cite punye cite,last2 topik ni yang jadi pilihan...terpanggil plak untuk coretkan kat blog yang kurang aktif ni.hehe...em, salah sorang antara kami cakap "orang kata, kalau kita jumpa balik ngan ex kita, tu maknanya dia memang jodoh kita"....haha...time tu aku terlintas sesuatu dalam hati....tapi aku buat derk jela...aku layan je citer2 dorang tuh....macam2 yang kami bualkan...maklumla,kelas before dah dibatalkan,sebelum ni xde nye masa nak borak2 camni depan kelas..hehe....hepi gak bila ada kawan2 nak berborak ni...sorang2 meluahkan perasaan masing2 (perasaan ke?)...bukan perasaan, tapi pendapat masing2 la tentang hidup ni....maklumla,budak U,memang banyak hujah....lagi2 macam aku,hujah mengarut je..banyak yang xmasuk akal pun kekadang..hahahaha.....

nak tau ke ape yang terlintas kat fikiran aku tu?
time tu macam orang nak cross landasan kereta api je....tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan lagi skali: Jom kita melintas!!hahaha....lajuuuu...lajuuuu,nanti keteapi datang....hihi

ok...sambung balik...melalut je tau..haha
tarik nafaaaas,  hembusss...fuhhhhh...blurpppp..blurpp..blurpppp...hehe
aku sebenarnya terfikir macam ni....em, memang la ada kebarangkalian seseorang tu jumpa balik ngan ex dia...tp, kalau xde langsung dalam hati dia perasaan pape kat ex tu camne?...cuma rasa nak berkawan jela...xlebih pun dari tu....adakah ianya juga jodoh??...owh,tidak2.....aku rasa hypothesis kat atas tu memang rejected la......sebab, xsemua orang akan hadapi benda macam tu dalam hidup dia.......memang la orang cakap kalau dah jodoh x kemana...tapi masalah permasaalahannya sekarang, kalau dah sah2 diri kita (instinct) kata xde jodoh dan dapat rasa yang xkan serasi dengan si dia, tu memang xkan ada lah jodohnya punnn...haha...instinct tu ada pada setiap orang...orang yang memahami instinctnya je yang paham diri dia..aku rasa memang wajib macam tuh..kalau dia rasa dia xleh go on, wat pe nak on jugak kan...macam kita pilih subjek untuk study la..kita xleh nak ikut orang..ada orang boleh amek 2 subjek bio sekali gus dalam satu sem..ada yang sekadar 1 subjek bio pun dia dah macam nak naik bengang menghafal...macam2 manusia ni..kita xleh samakan mereka dengan diri kita,dan kita xleh nak samakan diri kita 100% macam mereka..kita ada hidup kita sendiri, cara dan gaya,mutu,keunggulan kita yang tersendiri......paham x sekarang?...ayat BM aku x ok sangat...kalau nak ok,aku ckp bahasa ibunda aku lah..hehe......kalau tuhan dah tulis perjalanan hidup seseorang macam tu, memang redha jela...tapi,aku harap x la untuk aku..huhu.....macam lagu Nash, "sesuatu yang x disangka,sering kali mendatangi kita~"....persoalan disini, ianya suratan atau kebetulan?hahhahaa....banyak la soalan aku..dah macam buat questionaire lak....korang jawab la sendiri..aku malas nak layan korang..huhu..

tu jela yang aku nak cakap....ni sebagai pendapat aku jela...sebab,aku kalau aku cakap 'tidak', then ia adalah 'tidak'..dan aku xkan cakap 'ya'......huhu.......dan sebaliknya~





nota: semoga mendapat yang terbaik dari-NYA...sesungguhnya DIA Maha mengetahui segalanya...

Monday 11 April 2011

Yang terindah







notes: sangat mendayu lagu nie...iloikeeeee............best dengar sambil2 buat assigment ni..hihi

Kita sama-sama suka (STINGS)




p/s: lagu taon bila ntah...haha

Saturday 9 April 2011

Apabila kamu berkawan dengan lelaki


Apabila kamu berkawan dengan lelaki, 
Ingatlah
ada dua pilihan terbentang.
Satu,
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperolehi..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang..

Kedua,
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Di lindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehinya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan disimpan selamanya..

Jadi,
Kamu pilihlah samada hendak jadi kelapa
ataupun mutiara???

di sebalik santan...
menjadi penyedap makanan...
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya kari habis dimakan...
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan...
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan...

mutiara..
tertanam didasar yang paling dalam..
sukar andai megharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit keras menghadang...
namun kiranya ditemui insan...
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman...
atau dileher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian...

tentukan mana satu pilihan..

menjadi santan...
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang sgala nikmat dan pujian..

menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia... tangisan mengiringi berzaman




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails