Monday 5 December 2011

Allah sayang saya

assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini aku didatangi ujian dari ALLAH..
dan ujian tersebut aku anggap sebuah rahmat dariNYA kerana Dia masih sayangkan aku
aku belajar lagi sesuatu yang dipanggil kesabaran...
memang teruji kesabaranku harini, dan aku berfikiran agak positif
mungkin pengalaman lalu mengajar aku erti kesabaran dan ia mendewasakan aku, walaupun aku nampak macam xmatured je kan..


masa jalan-jalan kat pameran buku tadi aku terjumpa sebuah buku,
didalamnya ada tertulis:

Jangan kagumi apa yang dikata, 
Hingga maknanya jelas ternyata,
sesungguhnya kata asal dijiwa,
sanya lidah penyampai maksudnya   [Al-Akhtal]


begitu indah kata-kata yang tertulis itu..
ia amat berkait rapat dengan musibah yang menimpaku hari ini
mungkin Allah nak bagitahu aku something melalui ayat ni
sebab tu dia bukakan hati aku untuk membelek buku tu and then, terbaca pulak ayat ni...
auhhh...so sweet la Allah tu
kalau kita dekat dengan Dia, lagi la Dia sweet dan romantik ngan kita
ayat-ayat Quran tu bagi aku sume ayat cinta Dia untuk kita....^^


kenapa tajuk entry ni Allah sayang saya?
sebab, Allah bagi ujian ni untuk aku supaya aku terselamat daripada ujian yang lain...Dia dah tunjuk awal-awal kat aku..mungkin benda tu xelok untuk aku sebab tu Dia tunjuk awal-awal lagi....so aku redha dengan apa yang berlaku...ada jugak perasaan lain yang mengganggu contonhnya frust n so on...tapi, aku ambik benda tu dalam fikiran yang positif...lagipun dah 2,3 kali terjadi...so, xkan xleh handle lagi kot...relax r beb....hehe

Monday 1 August 2011

Selamat Berpuasa

[Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara.]


 ━━━[ SALAM RAMADHAN ]━━━━



Setelah 7 tahun xdpt berpuasa penuh bersama family, akhirnya tahun ini dapat bersama mereka berpuasa dirumah selama sebulan.....xpayah susah-susah mencari juadah berbuka di tempat orang...tidak berbuka dan sahur keseorangan lagi..hihi...bestnya =)






Jadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang paling bermakna buat diri kita =)

Sunday 15 May 2011

Penyesalan 'Me' dan 'Di'

kenapa 'Me' dan 'Di'?
sebenarnya 'Me" dan 'Di' adalah imbuhan...
bukan nak mengajar imbuhan ye...aku bukan cikgu Bahasa Melayu...tp cuma nak bersharing..hehe

Erm, aku menyesal sebenarnya ni...
aku rasa aku dah buat dua kesalahan imbuhan yang memang tidak patut aku buat la..
yang satu tu, aku serba salah, then aku rasa kesian...yang satu lagi aku rasa, arghh, bodohnya aku..
hahaha....

macam2 kan?
korang xpayah la pening2...aku pun pening ni...hehe


aku xtau nak describe apa perasaan aku ni...
kalau aku menyesal pun aku xdapat nak patah balik dah...benda dah jadi kan...so, let gone be by gone jela...huhu


Kes 'Me' :
ye..ye....salah aku jugak....tp sebab aku yang tidak bisa memilih dengan betul...
aku berada ditengah landasan...nak ditelan mati mak, diluah mati bapak...lebih kurang bunyi dia macam ni la..haha..........tapi,aku masih ada rasa kesian...dari dulu, sampai sekarang......bukan suka-suka je.....aku masih ada perasaan kemanusiaan itu...cuma mungkin terlalu ego...atau ada sesuatu yang memang menghalang...atau....atau....dan...atau....


Kes 'Di':
karma......
ye karma....
ada orang yang x percaya karma kan?
tapi aku percaya untuk kes kedua aku iaitu kes 'Di'
haha...bila ingat balik...lucu
tapi...aku xsangka langsung...dan bila aku berada di situasi itu....baru la aku sedar bahawa, apa itu karma......ye, aku mulai faham maksud karma...haha

what goes around comes around......tp, aku tetap cool [kot??]


p/s: mungkin bukan jodoh...tp biasa la, kerinduan ada pada setiap manusia....[eh, ada kaitan ke?hahaha]

Selesai

hmmm..
exam dah habis semalam...
barang-barang pn dah kemas...tapi aku xleh balik macam orang lain la...
macam biasa....aku ada misi untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama...cehhh
barang aku, semua aku dah angkut pergi kolej baru...huhu
kolej palapes....hmm?..haha

xtau nk cakap apa la bila dah duk kolej baru ni..
mungkin lebih best dari kolej sebelum ni sebab kat sini aku ada kawan-kawan
kawan-kawan yang dah macam adik beradik kot...

aku dah xrasa sunyi sangat la pasni..
dulu kalau masa duk kolej lama selama 2 sem...aku rasa macam alone je...adduhh....boring beb....nk g jalan-jalan pun aku bukan ada kenderaan....nak bersiar-siar tepi-tepi jalan pun takut gak sebab kawasan kolej aku sunyi...dah la atas bukit....xkan la aku nk jalan or jog sengsorang.....nanti bila dah stay kat kolej baru ni mesti boleh joging sesama, buat aktiviti n riadah sesama...wahhh, bestnye =))


ni aku dalam mood latihan dah...
adduii....rasa macam malas la pulak nak masuk latihan...haritu beria je aku xsabar....ni lain pulak..huhu
padahal 2 minggu je kot.....tapi, 2 minggu pun aku dah rasa penyeksaan yang bakal ditempuhi...hmm


bila time nak latihan macam ni...membawa aku kepada kisah lama yg berlaku tahun lepas...ada 2 kisah....ia berlaku macam berturut-turut je...aku pn x paham.....haha.....


p/s: buat latihan elok-elok ye kepada semua palapes mcm aku ni...xdapek nk balik umah awal mcm org lain...sabor jela yop

Friday 29 April 2011

Andainya Lelaki Tahu..Apabila Seorang Perempuan Jatuh Cinta

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


Tuesday 12 April 2011

Jodoh

tadi,sambil2 tunggu kelas ada borak2 ngan classmate pasal jodoh
kami 3 orang duk discuss....lagi 3 orang menjadi pendengar setia kami...hehe.....ntah la macam mana boleh terkeluar pasal ni....cite punye cite,last2 topik ni yang jadi pilihan...terpanggil plak untuk coretkan kat blog yang kurang aktif ni.hehe...em, salah sorang antara kami cakap "orang kata, kalau kita jumpa balik ngan ex kita, tu maknanya dia memang jodoh kita"....haha...time tu aku terlintas sesuatu dalam hati....tapi aku buat derk jela...aku layan je citer2 dorang tuh....macam2 yang kami bualkan...maklumla,kelas before dah dibatalkan,sebelum ni xde nye masa nak borak2 camni depan kelas..hehe....hepi gak bila ada kawan2 nak berborak ni...sorang2 meluahkan perasaan masing2 (perasaan ke?)...bukan perasaan, tapi pendapat masing2 la tentang hidup ni....maklumla,budak U,memang banyak hujah....lagi2 macam aku,hujah mengarut je..banyak yang xmasuk akal pun kekadang..hahahaha.....

nak tau ke ape yang terlintas kat fikiran aku tu?
time tu macam orang nak cross landasan kereta api je....tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan lagi skali: Jom kita melintas!!hahaha....lajuuuu...lajuuuu,nanti keteapi datang....hihi

ok...sambung balik...melalut je tau..haha
tarik nafaaaas,  hembusss...fuhhhhh...blurpppp..blurpp..blurpppp...hehe
aku sebenarnya terfikir macam ni....em, memang la ada kebarangkalian seseorang tu jumpa balik ngan ex dia...tp, kalau xde langsung dalam hati dia perasaan pape kat ex tu camne?...cuma rasa nak berkawan jela...xlebih pun dari tu....adakah ianya juga jodoh??...owh,tidak2.....aku rasa hypothesis kat atas tu memang rejected la......sebab, xsemua orang akan hadapi benda macam tu dalam hidup dia.......memang la orang cakap kalau dah jodoh x kemana...tapi masalah permasaalahannya sekarang, kalau dah sah2 diri kita (instinct) kata xde jodoh dan dapat rasa yang xkan serasi dengan si dia, tu memang xkan ada lah jodohnya punnn...haha...instinct tu ada pada setiap orang...orang yang memahami instinctnya je yang paham diri dia..aku rasa memang wajib macam tuh..kalau dia rasa dia xleh go on, wat pe nak on jugak kan...macam kita pilih subjek untuk study la..kita xleh nak ikut orang..ada orang boleh amek 2 subjek bio sekali gus dalam satu sem..ada yang sekadar 1 subjek bio pun dia dah macam nak naik bengang menghafal...macam2 manusia ni..kita xleh samakan mereka dengan diri kita,dan kita xleh nak samakan diri kita 100% macam mereka..kita ada hidup kita sendiri, cara dan gaya,mutu,keunggulan kita yang tersendiri......paham x sekarang?...ayat BM aku x ok sangat...kalau nak ok,aku ckp bahasa ibunda aku lah..hehe......kalau tuhan dah tulis perjalanan hidup seseorang macam tu, memang redha jela...tapi,aku harap x la untuk aku..huhu.....macam lagu Nash, "sesuatu yang x disangka,sering kali mendatangi kita~"....persoalan disini, ianya suratan atau kebetulan?hahhahaa....banyak la soalan aku..dah macam buat questionaire lak....korang jawab la sendiri..aku malas nak layan korang..huhu..

tu jela yang aku nak cakap....ni sebagai pendapat aku jela...sebab,aku kalau aku cakap 'tidak', then ia adalah 'tidak'..dan aku xkan cakap 'ya'......huhu.......dan sebaliknya~





nota: semoga mendapat yang terbaik dari-NYA...sesungguhnya DIA Maha mengetahui segalanya...

Monday 11 April 2011

Yang terindah







notes: sangat mendayu lagu nie...iloikeeeee............best dengar sambil2 buat assigment ni..hihi

Kita sama-sama suka (STINGS)




p/s: lagu taon bila ntah...haha

Saturday 9 April 2011

Apabila kamu berkawan dengan lelaki


Apabila kamu berkawan dengan lelaki, 
Ingatlah
ada dua pilihan terbentang.
Satu,
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperolehi..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang..

Kedua,
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Di lindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehinya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan disimpan selamanya..

Jadi,
Kamu pilihlah samada hendak jadi kelapa
ataupun mutiara???

di sebalik santan...
menjadi penyedap makanan...
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya kari habis dimakan...
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan...
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
orang tak kenang jasa santan...

mutiara..
tertanam didasar yang paling dalam..
sukar andai megharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit keras menghadang...
namun kiranya ditemui insan...
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman...
atau dileher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian...

tentukan mana satu pilihan..

menjadi santan...
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang sgala nikmat dan pujian..

menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia... tangisan mengiringi berzaman




Wednesday 30 March 2011

layout baruuu...oh yeah!!

slm...
haha...harini tuka layout baru...yes!

susah ek nak baca entry aku?
haha...suka hati korang la...pandai2 la nk baca camne pon..
yang penting,,
aku bahagia...hihi...

k...chowwww~

Thursday 17 March 2011

stress week

Minggu yang sangat stress la........
Sangat tension dibuatnya bila sume benda kene siapkan dan hantar by the end of this week jgk!
Malam tadi sampai xtidur sebab nak siapkan homework....dekat pukul 4 lebih jugak la baru proses-proses mencari maklumat, mengenal pasti maklumat, menTranslate dan menaip selesai....Pastu xboleh tidur lagi, kne Study sket sebab pagi tadi ada test...aduyai....Aku baca gitu-gitu je sebab dah xsempat....Benda memang dah faham,cuma sedikit terlupa lah...hehe...Aku memang nak study dulu, plan asal, aku nak la stay up kejap..lepas Isyak baru aku dapat mesej pasal kerja ni...nak x nak, sebab tu keje group, so buat la yang tu dulu...Xkisah pun sebab tu tanggungjawab kan...Lagipun, markah kot....
Last skali aku terlentok jgk kat meja ni....sebab dah terasa berat sangat mata ni...pedih pun ada..sekarang ni pun pedih lagi, dan Aku masih belum tido....nak Update blog dulu..hehe =)....Otak dah macam blur time tu, xleh nk serap pape ilmu dah...maklum la, orang xpernah stay up la katakan....Hah, rasakan!!!..hahaha....Ntah pape yang dijawab tadi...tawakal jela...main tembak-tembak guna LMG je...hihi  

[LMG=Light Machine Gun]



Ok la....Mahu tidur ya.....
Gudnite!!!hehehhe







p/s: Semoga Mendapat Markah yang Baik...Aminnn

Tuesday 8 March 2011

Selamat Hari Wanieta

SELAMAT HARI WANITA vs HAPPY WOMEN's DAY


Aku bangga menjadi seorang Wanie sebab ada orang sambut hari aku daaaa...hari Wanieta..hehehe

8 Mac 2011: Tarikh keramat bagi semua wanita di seluruh dunia...=)




InsyaAllah
Gagah perkasa...wanita pun boleh buatlah!
Ada hadiah x untuk sambut hari ni?...nak hadiah =(




Tahniah kepada anda, insan yang bergelar Wanita....ceria selalu ye!!
Teruskan berjuang!


Monday 7 March 2011

Ulangtahun Tentera Darat Malaysia ke78

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog...diharap anda berada dalam keadaan ceria,bahagia,sihat dan dibawah redha Ilahi sentiasa..

Ape cer kali ni??
ce cite ce cite...hahahaha
sume tengah 'gila' cerita hantu kak limah skarang ni...sampai aku pun sanggup tengok gak..haha.....kita bakor je,kita bakor...hehe

Sebenarnya entri kali ini,aku nak cite sal HUT TD  [paham2 sendiri la ape ye..hehe]

Hari ini rasa sangat bertuah sebab pertama kali dapat meraikan sambutan Ulangtahun Tentera Darat Malaysia di Dataran Merdeka...sampai jugak aku kat Dataran Merdeka nun..hehe..aku pegi under PALAPES UM..pegi ngan baju loreng..perghh..semangat gila..berkobar-kobar kot...=)

Memang sangat teruja dan terpegun melihat peralatan pertahanan negara kita...sungguh canggih...benda yang tidak disangka2 pun ada....gah!tahniah kepada angkatan tentera Malaysia!!78tahun berkhidmat kpd negara tercinta

Jom tengok gamba...tp gamba xelok sangat....paham2 jela...orang ramai macam ape kat sana...hehe


Mereka buat hakka mantap giler

Pancaragam
[hampir setiap kor ada pasukan pancaragam sendiri..kawan aku cakap,bila diorang boring boleh la suruh pasukan ni main lagu pape..haha..bengkok!]


ni Otai-otai ATM
tanpa mereka,Malaysia mungkin tiada

hoho

Lagi pancaragam

Pancaragam lagi..=)

Perghhh...bengis mukanya!
[yang kiri tu macam muka Din je (salah sorang ahli intake aku)]

Ni la askar pompuan...semangat beb!
moto aku: Lembut Jangan diSangka Lemah, Pantang Undur Sebelum Tewas!!


Anjing pengesan ATM

mcm orang putis pun ada gak...hehe

Kuda ku lari gagah berani

Pasukan Kuda ni digunakan untuk acara yang melibatkan Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan ketua2 negara Asia [dll]

Ni Klinik gigi bergerak. Dalam tu ada alat-alat pergigian yang canggih sama macam kat hospital

Mesin Basuh
[boleh membasuh pakaian rasanya dalam lebih kurang 60kg dalam masa 30 minit...jumlah baju tu saya kurang pasti..hehe]

Ambulans!

Haaa,ni yang menarik perhatian aku
Ni adalah jambatan..macam xpercaya je ada jambatan macamni..hehe

Rangsum tempur

Orang yang masuk hutan bawak makanan ni la..rendang pun ada tau

Tengok,askar pun boleh wat benda camni..askar memang hebat!

Kor Risik DiRaja

Helikopter!

Payung Terjun
[lawa kan gamba ni..hehe]

Don't Try this at home..hehe








Ni jela sedikit sebanyak yang dapat saya share...semoga anda terhibur~



Saturday 5 March 2011

Entah jadi entahkan tidak

tiba-tiba pulak tersearch lagu ni kat you tube...
lagu lama jugak ni...
dengar-dengar la ye..







nota: banyak maksud tersirat dan nasihat kalau kita dengar lagu-lagu lama ni...lagu ni sekadar pedoman untuk semua termasuk diriku yang masih tercari-cari dan tertanya-tanya akan maksud sebenar cinta...saya budak baru belajar..huhu

Friday 4 March 2011

Cinta?Apakah???


Apa itu CINTA???

Tentu ramai yg belum tahu apa itu makna CINTA.. Jadi mari kita dengar penjelasan CINTA yg didefinisikan oleh Ustaz Kazim Elias.. Jom dengar..

Berikut kata2 Ustaz Kazim spt dlm video:-


Apa itu Cinta...???

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1....Dua orang Hati Satu"
Itulah dinamakan CINTA..
Setiap manusia ada perasaan Cinta.....Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.
Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan.... Cinta itu mestilah bersih dan murni..... Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa.... Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.
Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:
"Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu"
"Sebab apa Abang?"
"Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam" sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..
"Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah."

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

"Kenapa kamu tak kahwin dengan Tipah Man?"
"Aku tak kahwin dengan dia sebab aku Cintakan dia..
"Hai.. Kalau Cinta kena la kahwin"
"Tak..! aku takut kalau aku kahwin dengan dia Mak aku seterika dia, mak aku belasah dia.. Dia akan menderita jika dia kahwin dengan aku."

Aku tak mau kahwin sebab itulah..
Adakah kamu nak tengok isteri yang kamu sayang diperlakukan sedemikian? Jadi, kalau kamu cinta kepada dia bukan setakat kamu bagi senang kepada dia, malah mak bapak kamu pun bagi senang kepada dia. Tapi kalau kamu sorang bagi senang kepada dia, mak bapak kamu tak boleh terima dia, dan mereka akan menyiksa jiwa raga dia nanti. Jadi, kalau mcam tu tak payah la kahwin.
Itulah dinamakan CINTA.

CINTA TAK SEMESTINYA BERAKHIR DI GENGGAMAN TANGAN TOK KADI...


nota:  kadang-kadang kita terpaksa melepaskan seseorang yang kita sayang kerana kita memang betul-betul sayangkannya....kadang-kadang kita sanggup meninggalkannya kerana kita mahu dia berubah atau kita sendiri yang mahu berubah...[ada sebab-sebab tertentu]....renung-renungkan




dipetik dari:http://www.youtube.com/watch?v=bOgEz_WpUmA&feature=related

Friday 25 February 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails