Wednesday 30 June 2010

Jadilah PERMATA yang DIHARGAI

PERMATA YANG BERSINAR, PERMATA YANG DIPELIHARA.
LALU, APA SINONIMNYA DENGAN DIRI SEORANG WANITA? BUKAN SEKADAR DIGELAR RAKAN KARIB WANITA, IA JUGA BANYAK PERSAMAANNYA DENGAN SIFAT DAN PERSONALITI SEORANG WANITA.. KUAT, CANTIK, BERKILAU, BERNILAI,DIGILAI DAN INGIN DIMILIKI..


Kuasanya terus memukau. Tarikannya tadak mampu dielak. Namun,apakah kita juga seteguh dan sehebat itu? Walau bagaimana rupa dan bentuknya ia tetap bernilai tinggi? Sama seperti permata yang mempunyai pelbagai jenis, wanita juga dilahirkan dengan pelbagai anugerah bernilai tinggi. Jika berlian batu dikatakan mempunyai tahap kekuatan tinggi, tidak mustahil seorang wanita juga begitu.


Ya, marilah kita sama-sama menjadi permata; menjadi berlian yang disayangi dan dihargai dimana saja kita berada. Dijaga dan disenangi walau bagaimana rupa kita. Berkuasa pada tempatnya. Jangan pula kita menjadi batu-batu palsu yang kilaunya tidak asli tetapi lagaknya melangit tinggi.


Kaya, berada, cantik dan menawan anugerah Allah untuk kita hargai sewajarnya. Bukan untuk dijadikan kebanggaan hingga menjadikan ia permata yang tersimpan tanpa dapat dilihat apa lagi dihargai. Jika kita sederhana, merasakan diri tidak cantik dan serba kekurangan, cuba buka mata hati dan lihatlah sejauh-jauhnya dalam diri. Semua yang ada pada diri kita punya kehebatan tersendiri. Setiap satu anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T ada kekuatannya.


Jika ingin mengenal berlian sejati, kita perlu meneliti 5C iaitu Carat, Clarity, Colour, Cut, Certificate. Begitu jugalah  jika orang ingin menilai kita. Selain kecantikan, jagalah kehormatan diri. Itu maruah yang tiada jual belinya. Kekalkan budi bahasa kita. Tutur kata jangan sampai menyakiti hati orang lain. Kalau punya tabiat yang suka sangat sindir menyindir atau mengumpat, hentikan sikap itu. Jadilah wanita yang bernilai tinggi bak permata!


Berlian terhasil juga bukan mudah dan proses penghasilannya memakan masa beratus tahun. Juga secara semulajadi. Lalu apa yang ingin kita samakan dengan sebutir permata ini? Jika ingin berjaya kita juga perlu melalui pelbagai rintangan. Jika ingin maju dalam apa juga bidang, kita perlu bersedia mengharung onak durinya. Kilauan yang menanti di hujung jalan itu yang akan bersinar sepanjang waktu. Namun jika permata ada cara menjaga untuk mengekalkan kualitinya, kita juga harus begitu.




Jadilah wanita yang mempunyai sifat-sifat sebutir berlian. Bersih, bersinar dan bernilai! 

2 comments:

zulhnh said...

Anak ku . . . .
Permata juga mempunyai gelombangnya yg tersendiri . . boleh menjadikan suasana keliling ceria dan sejahtera, gelombang yg boleh menghubungkan (mikrowaves), gelombang yg mengubati (healing) dan gelombang yg mendetikkan jam (quartz).
Jadilah seperti sebutir PERMATA!

eiyra said...

Nak tahu lebih banyak tentang permata? Layari ....
http://permatahikmat.blogspot.com/p/pengenalan-kepada-batu-permata.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails